Fenomena Sugar Baby di Malaysia

Oleh: Asyiqin Razak

Ketiga Tertinggi di Asia

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan berita yang kurang menyenangkan apabila Seeking Arrangement, sebuah platform Sugar Baby yang terbesar di dunia mendakwa bahawa Malaysia adalah negara ketiga yang memiliki Sugar  Daddy terbanyak di Asia. Tangga yang kedua diduduki oleh Indonesia dengan bilangan Sugar Daddy sebanyak 60,250 manakala tangga pertama didominasi oleh India, dengan Sugar Daddy seramai 338,000.

Statistik Sugar Baby

Dengan bilangan sebanyak 42,500 sugar daddy di Malaysia, timbul pula pertanyaan akan bilangan sebenar sugar baby yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral ini. Pertanyaan ini akhirnya terjawab apabila salah satu platform temu janji terkenal mengeluarkan statistik lengkap mengenai bilangan sugar baby di Malaysia.

Platform tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat seramai 330,000 sugar baby di Malaysia dan kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti di dalam lingkungan umur 20an.

Salah Pandemik?

Data ini ternyata mengejutkan orang ramai malah ada yang menyalahkan pandemik sebagai penyebab pelajar universiti ini terheret ke kancah ‘sugar baby’. Walaupun fenomena sugar baby sebenarnya sudah lama beroperasi di Malaysia, bilangan sugar baby naik dengan mendadak sebanyak 40% semasa pandemik. 

Menurut Sugarbook, angka ini naik dengan mendadak sejak Januari 2021 disebabkan krisis kewangan yang dialami oleh golongan terbabit disebabkan pandemik yang melanda seluruh dunia dan negara kita.

Pelajar Universiti Terlibat

Malah platform ini juga turut mendedahkan senarai Top 10 Instituti Pengajian Tertinggi (IPT) yang paling ramai pelajarnya terlibat di dalam kancah tersebut dan majoriti IPT terletak di Lembah Klang.

Walaupun data tersebut dengan jelas mencatatkan nama-nama universiti yang terlibat, timbul juga dakwaan yang meragui kesahihan data ini kerana biodata sugar baby boleh diolah dengan sesuka hati untuk mempamerkan profil yang lebih menarik. Berkemungkinan besar pemilik akaun mengakui diri sebagai pelajar universiti untuk tampil berpelajaran. 

Selain pelajar, 9 lagi profesion yang tersenarai didalam top 10 profesion paling ramai menjadi sugar baby adalah usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi.

Satu laporan polis dibuat di Pulau Pinang oleh dua cabang PAS yang mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap “aktiviti tidak bermoral” laman web temu janji itu. Seorang jurucakap berkata mereka tidak mahu Malaysia dikenali sebagai sebuah negara di mana gadis-gadis muda menjual maruahnya untuk wang. Tiga sayap wanita cawangan turut membuat laporan polis. Susulan kontroversi ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas dan menutup platform temu janji Sugarbook.

Gadis-gadis dinasihati untuk tidak menggadaikan maruah hanya kerana beban kewangan.  Terdapat banyak lagi jalan yang bersih untuk mendapatkan wang seperti bekerja secara sambilan atau berniaga.  Jangan menggadaikan maruah hanya kerana ingin tampil mewah dalam sekelip mata. 

Antara idea bisnes yang menguntungkan adalah dengan menjadi  wakil jualan, stokis, agent atau dropship produk kecantikan kerana produk kecantikan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dan senang untuk dijual.

 

Photo Reference:

  • Pexels.com

Article Reference:

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.