IMPAK COVID-19 TERHADAP INDUSTRI KOSMETIK

Oleh: Asyiqin Razak

 

 

Covid-19 telah memberikan impak yang besar kepada gaya hidup kita. Semenjak ianya wujud, rutin harian kita telah terbatas disebabkan kerisauan terjangkit wabak merbahaya ini. Masyarakat sekarang diarahkan untuk menghadkan aktiviti di luar rumah dan ada sesetengah negara yang masih mengeluarkan arahan kuarantin kepada rakyatnya dalam cubaan untuk mengawal penularan wabak ini.

Jika berada di luar rumah sekali pun, penggunaan penutup muka adalah mandatori untuk semua orang. Walaupun baik untuk kesihatan, ini sedikit sebanyak memberi impak kepada industri kosmetik. Sebelum wujudnya Covid-19, industri kosmetik adalah salah satu industri yang berdiri teguh dengan keuntungan yang banyak setiap tahun. Namun sekarang, industri kosmetik adalah antara industri yang terkesan disebabkan wabak Covid-19.

Semenjak penularan wabak Coronavirus, kita telah menyaksikan penutupan sebanyak 30% kedai kosmetik di seluruh dunia kerana sales yang lemah. Sales industri kosmetik telah jatuh 25% pada enam bulan lepas dan lebih mengejutkan lagi apabila ada khabar angin bahawa nama-nama gah seperti Becca Cosmetics dan Fenty Beauty gagal bertahan dan bakal membubarkan syarikat kosmetik mereka.

Terdapat juga syarikat kosmetik yang bertindak bijak pada saat-saat genting ini dan memilih untuk mengeluarkan produksi yang lebih diperlukan awam pada masa kini seperti penutup muka, sanitizer dan sebagainya. Langkah ini dibuat untuk membantu jualan syarikat dan memastikan syarikat dapat bertahan menghadapi pandemik yang mencabar ini.

Dengan aktiviti luar yang terhad, industri kosmetik kini lebih banyak bergantung dengan platform e-commerce. Semuanya sekarang di hujung jari malah pengguna juga tidak perlu risau kerana sekarang pengguna boleh memilih kosmetik dengan tepat di alam maya contohnya dengan menggunakan ‘Sephora Virtual Artists: Try On Makeup Instantly’. Program ini membantu pengguna melihat dengan serta merta visual mereka apabila memilih produk kecantikan yang tertentu. Ini adalah langkah yang bijak kerana sekarang pemilihan foundation dan alat kosmetik yang lain boleh ditentukan di rumah sambil bersantai.

Disebabkan penggunaan penutup muka, jualan lipstik jatuh dengan mendadak manakala jualan untuk produk mata pula naik dengan mencanak. Konsumer sekarang lebih menumpukan perhatian mereka terhadap pembelian eyeliner, eyeshadow, maskara dan eyebrow. Industri kosmetik juga lebih menumpukan perhatian terhadap produk-produk ini berbanding yang lain kerana jualan mereka sangat bergantung dengannya sekarang. Dapatkah industri kosmetik meningkatkan kembali jualan mereka sama seperti waktu sebelum pandemik melanda? Sama-samalah kita saksikan bagaimanakah nasib industri kosmetik selepas pandemik ini berakhir.

 

PHOTO REFERANCE:

Pexels.com

ARTICLE REFERENCES:

https://www.cosmeticsdesign.com/Article/2020/03/18/19-ways-the-beauty-industry-is-responding-to-CoronaVirus

https://www.google.com.my/amp/s/www.vox.com/platform/amp/the-goods/21352703/beauty-industry-pandemic-cosmetics-makeup-skincare-lipstick-nuface

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.