KENALI PENYAKIT BIPOLAR

Oleh: Asyiqin Razak

DEFINISI PENYAKIT BIPOLAR.

Penyakit Bipolar, atau pernah dikenali sebagai penyakit manik-depresi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan kimia di dalam otak.

Ketidakseimbangan kimia di dalam otak ini menyebabkan pesakit bipolar menderita perubahan yang luar biasa dari segi sikap, tenaga, tahap aktiviti, dan keupayaan untuk menjalankan tugasan harian.

Pesakit Bipolar mempunyai jangka waktu di mana mereka berasa terlebih gembira, energetik dan konfiden. Perasaan ini disusuli serta merta dengan perasaan yang sangat sedih, depresi dan berasa lemah. Ia seperti mereka sentiasa berada di antara dua polar mood ini. Inilah menyebabkan penyakit ini digelar ‘Bipolar’.

Sedih yang berlebihan.

 

Gembira yang melampau (hyperaktif).

JENIS-JENIS BIPOLAR

  • Mania

Mania adalah episod di mana pesakit Bipolar berada pada tahap gembira yang tidak normal, diikuti dengan ‘hyperactivity’, pemikiran yang bertukar-tukar dengan terlalu laju yang menyebabkan ia bercakap dengan banyak dan masa tidur yang sangat sedikit. Sewaktu mengalami mania, pesakit Bipolar akan bertindak tidak rasional sehingga boleh menjejaskan kewangan, hubungan malah juga pekerjaan mereka.

  • Hypomania

Hypomania ialah di dalam kategori Bipolar II di mana intensiti mood adalah lebih rendah daripada mania. Ia bagaimanapun masih boleh mengakibatkan masalah kerana perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian. Terdapat dua jenis penyakit bipolar iaitu bipolar I (satu) dan bipolar II (dua).

  1. Bipolar I: Mesti sekurang-kurangnya satu fasa mania, walaupun tiada fasa kemurungan.

Disebabkan fasa kemurungan selalu mendahului fasa mania, pesakit telah tersalah diagnos mempunyai masalah kemurungan atau ‘Major Depressive disorder’ pada permulaan sebelum dikenalpasti mengalami bipolar. Gejala psikosis seperti halusinasi serta delusi juga dialami pada pesakit bipolar tahap satu.

  1. Bipolar II: Terdapat fasa hypomania dan fasa kemurungan. Bagaimanapun, pesakit tidak pernah mengalami fasa mania.

Banyak spekulasi bahawa ia merupakan jenis bipolar yang lebih ringan, tetapi ini tidak benar kerana fungsi kehidupan yang terjejas didapati sama seperti pesakit yang mengalami bipolar I.

Fasa kemurungan yang dialami oleh pesakit haruslah memenuhi kriteria untuk diagnosa ‘Major Depressive Disorder’ di mana pesakit mengalami kesedihan berpanjangan sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Meluahkan perasaan membantu pesakit meringankan beban mereka.

 

SIMPTOM-SIMPTOM BIPOLAR. 

  • Tahap konfiden yang luar biasa
  • Terlalu aktif
  • Kurang tidur
  • Kurang selera makan dan kurang berat badan
  • Bercakap dengan laju
  • Idea yang terlampau banyak
  • Tidak dapat fokus
  • Suka melakukan aktiviti yang banyak dan berlebihan sehingga boleh membahayakan diri sendiri.
  • Suka berbelanja dengan kadar yang banyak
  • Menjadi agresif
  • Merasa sedih dan tiada harapan
  • Kurang minat dalam perkara yang dia minati sebelum ini
  • Nampak tidak bertenaga
  • Sentiasa berfikiran negatif
  • Merasa hidup tidak bermakna
  • Percubaan membunuh diri

Berbelanja di luar kawalan.

 

PENAWAR BIPOLAR

Ubat yang dirumus khas untuk pesakit bipolar boleh membantu menstabilkan emosi serta meredakan simptom. Jenis-jenis ubat yang diberikan adalah seperti berikut:

  • lithium- untuk menstabilkan emosi
  • antidepressants
  • second-generation antipsychotics (SGAs)

anticonvulsants, untuk membantu pesakit tidur atau masalah anxiety.

Bipolar adalah penyakit mental yang tidak boleh diambil mudah. Emosi yang tidak stabil ini jika dibiarkan berlarutan boleh memberi impak yang negatif terhadap kehidupan pesakit. Pesakit digalakkan untuk mendapatkan bantuan yang betul untuk memastikan simpton-simpton bipolar berada di tahap yang minimum.

 

PHOTO REFERANCE:

Pexels.com

ARTICLE REFERANCE:

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.