Ketika musim pandemik, antara cabaran yang harus ditempuh adalah untuk memastikan sesebuah ikatan perkahwinan atau percintaan berada dalam keadaan baik.

Oleh: Asyiqin Razak

Ketika musim pandemik, antara cabaran yang harus ditempuh adalah untuk memastikan sesebuah ikatan perkahwinan atau percintaan berada dalam keadaan baik.

Pelbagai faktor seperti tekanan kerja, kehilangan kerja boleh menyumbang kepada masalah hubungan.

Bagaimanapun masih ada cara yang boleh diamalkan supaya sesuatu hubungan itu sentiasa dalam keadaan harmoni serta mampu mengharungi cabaran sukar ketika ini.

Berikut adalah 4 perkara yang perlu dilakukan oleh mereka yang mahu hubungan kekal sihat dan bahagia;

1. Mendengar

Dalam kehidupan berpasangan, kamu harus mendengar luahan pasangan sebagai salah satu cara untuk menunjukkan kamu berusaha memahami, memberi perhatian atau cuba mengatasi sesuatu masalah.

Apabila salah seorang sedang bercakap, meluahkan perasaan dan sebagainya, sebelah pihak lagi jangan terus memberi respon dan biasakan diri untuk menjadi pendengar setia dan memahami.

2. Bersikap tegas

Ini tidak bermaksud seseorang itu perlu menjadi garang dengan pasangan. Bersikap tegas bermaksud kekal dengan pendirian diri dan jangan biasakan diri melakukan sesuatu dalam keadaan terpaksa.

Tegaskan pendirian atau apa yang kamu fikirkan yang baik untuk hubungan itu dengan cara yang positif, tenang dan sebagainya. Bukan dengan cara kasar, agresif mahupun memaksa.

3. Mencari penyelesaian

Perkara biasa dalam hidup berpasangan jika kamu tidak mempunyai persefahaman. Jangan pula menggangap tiada persefahaman itu bermaksud kamu tidak sesuai bersama.

Sebaiknya mencari penyelesaian dan menerima sudut pandangan satu sama lain. Cari jalan untuk meredakan keadaan dan berbincang atau mendapat kata sepakat.

4. Fahami perasaan anda

Langkah pertama sebelum mengambil sesuatu keputusan, lebih baik kamu fahami perasaan kamu terlebih dahulu dalam apa jua situasi sekali pun.

Fahami perasaan itu sesuatu yang sukar jika seseorang itu meletak emosi di dalamnya.

Diri sendiri perlu bersedia terlebih dahulu dengan pelbagai cara untuk menenangkan, membantu dan juga menyelesaikan konflik.

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.