Mengidam Makanan dan Solusi yang Sihat.

Oleh: Asyiqin Razak

Mengidam makanan atau keinginan untuk makan sesuatu makanan adalah merujuk kepada keadaan di mana wujud keinginan yang kuat untuk memakan sesuatu jenis makanan. Ia boleh menjadi satu keinginan yang sangat kuat dan keinginan itu tidak akan berlalu selagi ia tidak dipenuhi.

Mengidam kepada sesuatu makanan ini berlaku kerana terdapat bahagian pada otak yang bertanggungjawab berkaitan ingatan, keseronokan dan ganjaran.

Ketidakseimbangan hormon, seperti leptin dan serotonin, juga boleh menyebabkan wujudnya keinginan ini. Perubahan hormon seperti yang dilalui wanita hamil turut menjadi sebab timbulnya mengidam yang kuat. Ia juga mungkin kerana keinginan itu disebabkan oleh endorfin yang dilepaskan selepas seseorang individu telah makan, yang mencerminkan keinginan atau ketagihan.

Ketagihan dan Solusi yang Sihat

  1. Kerepek kentang atau makanan masin

Kerepek kentang boleh diganti dengan snek masin dengan lemak sihat dan protein seperti kacang gajus atau walnut. Kekacang adalah makanan tinggi kalori, tetapi, ia perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana.

2. Coklat

Ia adalah tanda badan anda memerlukan magnesium, dan anda boleh memilih makanan kaya kandungan magnesium seperti kacang badam sebagai pengganti. Jika masih menginginkan coklat, Pilihlah coklat gelap, coklat tanpa susu yang mengandungi lebih 70% kandungan koko. Kepadatan coklat gelap membuatkan keinginan itu lebih mudah dipenuhi walaupun dengan hanya memakan dalam kuantiti yang sedikit.

3. Gula-gula atau pastri

Keinginan pada gula boleh digantikan dengan mengambil buah-buahan seperti pic, ceri, atau melon. Pengambilan buahan kering seperti kismis atau prun, juga antara solusi yang baik untuk menghilangan rasa mengidam.

4. Soda

Solusi untuk minuman soda adalah  sparkling water dengan perahan air buah atau potongan oren. Ia mempunyai rasa yang sama seperti soda tetapi kurang kalori dan tiada kafein.

5. Keju

Keinginan memakan keju boleh dikawal dengan membeli keju rendah lemak atau rendah kandungan sodium. Ada yang sukakan yis pada makanan kerana mempunyai rasa enak, manis dan kandungan kalori yang rendah daripada keju. Yis kaya dengan vitamin B-kompleks dan asid folik, dan diperkayakan dengan vitamin B12.

6. Daging

Keinginan memakan daging seperti daging lembu adalah disebabkan kekurangan zat besi. Ini menyebabkan keinginan untuk memakan burger atau stik. Wanita yang dalam tempoh haid biasa mengalami kekurangan zat besi. Jika masih menginginkan daging, anda boleh memilih daging organik sebagai sumber zat besi, tetapi pastikan ia dalam jumlah yang terkawal iaitu 15% daripada jumlah pengambilan makanan harian. Vitamin C membantu penyerapan zat besi, jadi pastikan anda mengambil vitamin C bersama makanan tinggi zat besi anda. Pilihan yang ada adalah seperti buahan citrus, tomato, dan beri.

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.