Ramadan Sewaktu Pandemik

Tanpa kita sedari, kita telah memasuki bulan Ramadan yang kedua diraikan di dalam pandemik Coronavirus. Bulan Ramadan yang selalu disambut dengan meriah saban tahun bagaimanapun telah menghadapi banyak sekatan pada tahun lepas demi membendung pandemik daripada terus merebak. Namun begitu, terdapat berita gembira pada tahun ini kerana sekatan tersebut telah pun dilonggarkan. 

Sambutan Ramadan 2021 

Pada tahun ini, SOP yang bersesuaian telah direka di seluruh dunia bagi membenarkan umat Islam meraikan Ramadan sebaiknya. Kelonggaran yang diberikan kerajaan bagi membenarkan solat tarawih diadakan sepanjang bulan Ramadan menzahirkan rasa syukur dalam diri setiap umat Islam.

Etika di Masjid

Pihak kerajaan memaklumkan bahawa jumlah jemaah yang menunaikan solat tarawih harus mengikut kapasiti keseluruhan masjid dengan penjarakan fizikal satu meter.

Peraturan tersebut juga harus dipatuhi bagi program tadarus al-Quran, manakala qiamullail hanya dibenarkan dengan aktiviti terhad seperti solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir. Walupun terdapat kelonggaran, jemaah tidak dibenarkan tidur di premis itu.

Untuk majlis berbuka di masjid, pihak masjid perlu menyedia petugas untuk menyeduk makanan. Makanan siap berbungkus juga sangat digalakkan.

Namun begitu, jika juadah dimasak di premis berkenaan, syaratnya petugas yang terlibat tidak boleh melebihi 10 orang.

Menurut pihak kerajaan juga, arahan khas dari semasa ke semasa akan dikeluarkan kepada masjid dan surau yang berada di kawasan zon merah.

Pihak pengurusan masjid dan surau juga wajib memastikan menyedia imbasan kehadiran Mysejahtera dan alat memeriksa suhu badan kepada jemaah yang hadir.

Selain daripada itu, aktiviti berbuka juga dibenarkan. Kerajaan juga tidak mengeluarkan larangan untuk mengadakan majlis berbuka puasa di hotel. Bagaimanapun  pengurusan hotel diminta mengutamakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam melaksanakan program berbuka puasa.

SOP yang wajib dipatuhi adalah penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka, melakukan ujian suhu badan dan mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan kapasiti dewan. Tempahan berbuka puasa secara berkumpulan daripada agensi kerajaan swasta adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Kebenaran berbuka puasa di hotel cuma membabitkan kumpulan individu serta ahli keluarga terdekat sahaja dan majlis berbuka perlu diadakan secara tempahan.

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.