Semakin Tinggi Tahap SPF, Semakin Bagus Untuk Kulit? SALAH!

Oleh: Asyiqin Razak

 

 

Apakah SPF? 

Penggunaan SPF iaitu ‘Sun Protection Factor’ sangat digalakkan untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran UV. Terdapat dua jenis UV radiasi, iaitu UVA dan UVB. Untuk pengetahuan anda, UVB adalah radiasi yang bertanggungjawab menyebabkan ‘sunburn’, manakala UVA adalah radiasi yang menembus sehingga ke dalam kulit dan mempercepatkan proses penuaan kulit.

Kedua-dua jenis radiasi ini mampu menyebabkan kanser kulit. Ini menyebabkan SPF adalah produk stapel yang wajib ada dalam rutin penjagaan wajah dan antara langkah yang terpenting dalam rutin tersebut.

Semakin Tinggi SPF, Semakin Bagus?

‘Demand’ yang hebat terhadap produk ini telah menyebabkan syarikat-syarikat kecantikan berlumba-lumba untuk menghasilkan SPF yang terbaik di pasaran. Sebelum ini, SPF yang tertinggi yang boleh didapati di pasaran adalah SPF 30. Namun berbeza dengan masa sekarang. Kita mempunyai pilihan yang lebih meluas.Tahap- tahap SPF yang tersedia adalah SPF 15, SPF 30, SPF 50 dan sehinggalah SPF 100.

Secara logik, ramai yang menyangka bahawa SPF yang terbaik ialah SPF yang paling tinggi nilainya. Namun hakikatnya bukanlah begitu. Tahukah anda, SPF yang tinggi dapat menyebabkan lebih banyak pendedahan sinar UV terhadap kulit? Niat anda untuk melindungi kulit anda daripada masalah, bagaimanapun telah mendedahkannya dengan masalah yang lebih serius seperti kebakaran kulit dan kanser kulit.

Tahap SPF yang Disyorkan.

Menurut pakar dermatologi, SPF 100 bukanlah bermaksud ia boleh melindungi kulit anda dua kali ganda daripada SPF 50. Malah mereka risau dengan persepsi bahawa dengan menggunakan SPF 50 dan ke atas, akan selamat sepenuhnya untuk meluangkan masa di luar rumah.

Harus diingatkan bahawa SPF tidak mampu melindungi kulit anda lebih daripada tempoh masa dua jam. Jadi anda harus mengaplikasikan SPF ke kulit anda setiap dua jam.

Anda juga harus mengaplikasikan SPF ke kulit anda dengan lapisan yang agak tebal. Ini untuk memastikan SPF itu melindungi kulit anda dengan sebaiknya. Sebagai contoh, jika ada menggunakan SPF 30 tetapi meletakkan lapisan yang nipis pada kulit anda, ia seumpama anda menggunakan SPF jenis 15. Disebabkan itu, pakar dermatologi mengesyorkan anda memilih SPF 50 untuk lebih selamat. Oleh itu, pilihlah SPF yang disyorkan oleh pakar untuk memastikan kulit anda mendapat perlindungan yang terbaik daripada sinar UV.

 

PHOTO REFERANCE:

Pexels.com

ARTICLE REFERANCE:

https://www.google.com.my/amp/s/www.businessinsider.com/do-high-spf-sunscreens-work-better-50-2017-5%3famp

https://news.utexas.edu/2018/06/06/how-much-spf-do-you-need-in-your-sunscreen/

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.