10 Resolusi Penjagaan Wajah Untuk 2021.

Oleh: Asyiqin Razak

 

  1. Rutin Mencuci Wajah Setiap Hari

Kulit wajah akan bermasalah dan kusam jika tidak dijaga dengan baik. Untuk mengelakkan perkara tersebut daripada berlaku, rutin wajah yang konsisten diperlukan.

Antara cara untuk memastikan kulit wajah kekal sihat adalah untuk mencuci wajah pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Manfaat rutin ini adalah memberi ruang untuk pori-pori kulit bernafas dan berasa lega, wajah tidak berjerawat dan menjadi bersih serta cantik.

2. Kerap Mencuci Sarung Bantal

Pernahkah anda masih mempunyai masalah kulit berjerawat sedangkan anda mempunyai rutin penjagaan wajah yang bagus dan konsisten? Ini bermaksud anda kurang menumpukan perhatian kepada pencucian sarung bantal anda.

Sarung bantal adalah tempat yang bersentuhan dengan wajah anda setiap kali anda menggunakannya. Kajian mendapati bahawa sarung bantal memerangkap peluh dan kotoran di wajah kita setiap hari, menyebabkan ianya penuh dengan bakteria. Anda di nasihatkan oleh pakar untuk membasuh sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu.

3. Mementingkan Penggunaan Pelembap Wajah 

Pelembap wajah adalah sangat penting untuk memastikan kulit sihat. Ini kerana permukaan wajah, telinga, leher dan dada lebih banyak terdedah dengan matahari. Disebabkan pendedahan yang berterusan pada sinar-UV, bahagian-bahagian ini lebih cenderung untuk menjadi kering.

Tahukah anda bahawa bahagian-bahagian ini juga mempunyai potensi yang tinggi untuk diserang kanser kulit. Oleh itu, lindungilah kulit anda dengan memakai pelembap kulit. Bahagian yang kering ini memerlukan pertolongan pelembap kulit untuk kembali sihat dan membawa sel kulit baru ke permukaan kulit. Masa yang terbaik untuk memakai pelembap wajah adalah selepas mandi, selepas bercukur dan selepas exfoliat wajah.

4. Mengamalkan Penggunaan SPF

Rutin harian kita melibatkan banyak pendedahan kepada cahaya matahari. Tahukah anda bahawa pendedahan yang berlebihan terhadap cahaya matahari boleh menyebabkan kulit terbakar, kusam, kerosakan tisu dan sel kulit yang lama kelamaan menyebabkan kanser kulit? Sebab itulah kita harus mengamalkan penggunaan SPF iaitu ‘Sun Protection Factor’ untuk melindungi kulit kita daripada masalah kulit yang serius.

Terdapat banyak jenis SPF di pasaran dengan kadar SPF yang tertentu. Namun begitu, tidak semua SPF mampu melindungi kulit anda dengan cara menyeluruh. Disebabkan itu, pakar dermatologi menyarankan SPF yang dilabelkan ‘Broad Spectrum’. SPF jenis ‘Broad Spectrum’ ini melindungi kulit secara menyeluruh daripada sinaran UVA dan UVB matahari. Anda juga disarankan oleh pakar dermatologi untuk menggunakan SPF setiap dua jam kerana mengikut kajian yang telah dilakukan, SPF tidak dapat melindungi kulit lebih daripada tempoh dua jam.

5. Memastikan Telefon Bimbit Bersih

Telefon bimbit adalah sebahagian besar daripada rutin harian kita. Baik untuk berkomunikasi, memantau media sosial, membaca mahupun bekerja, kita menggunakan telefon dengan kerap. Menurut kajian, telefon bimbit disentuh 2617 kali sehari malah untuk pengguna tegar, 5427 kali sehari.

Tahukah anda bahawa telefon bimbit adalah 10 kali ganda lebih kotor daripada mangkuk tandas? Disebabkan ini, kita harus membersihkan telefon bimbit dengan kerap. Berikut adalah langkah-langkah yang betul untuk membersihkan telefon bimbit:

  • Tanggalkan ‘phone case’ dan matikan telefon bimbit.
  • Lapkan menggunakan kain microfiber.
  • Gunakan ‘lysol wipe’ dan bersihkan telefon bimbit dengan berhati-hati dan elakkan bahagian port telefon.
  • Biarkan telefon kering dengan sendiri selama 5 minit.
  • Lapkan sekali lagi dengan kain microfiber.
  • Ulangkan langkah 2-5 dengan ‘phone case’ dipasangkan.

6. Menilai Semula Rutin Penjagaan Wajah Anda

Wajah anda memerlukan rutin penjagaan yang betul dan konsisten untuk kekal sihat. Setiap wajah mempunyai masalah yang berlainan dan memerlukan rutin yang direka khusus untuknya. Jika anda mendapati bahawa anda masih mengalami masalah yang sama pada wajah anda, sudah tiba masanya untuk anda menilai semula rutin penjagaan wajah anda.

Ini kerana besar kemungkinan rutin penjagaan wajah anda yang sedia ada tidak sesuai dengan jenis kulit anda. Langkah pertama yang anda harus lakukan ialah mengenal pasti jenis kulit anda sama ada anda mempunyai kulit normal, kulit berminyak, kulit kombinasi, kulit sensitif atau kulit kering. Setelah anda kenal pasti, gunakanlah skin care yang disyorkan untuk jenis kulit anda.

7. Gunakan Masker Muka Sekali Seminggu

Masker muka adalah salah satu rutin penjagaan wajah yang penting. Masker wajah direka dengan khusus supaya kandungan vitamin di dalam masker tersebut mampu diserap dengan baik dan menyeluruh oleh wajah.

Terdapat banyak jenis masker di pasaran. Walau apa pun jenis kulit anda, pasti ada masker yang direka khusus untuk masalah kulit anda. Antara kelebihan masker-masker ini adalah melembapkan kulit yang kering, mengecilkan pori-pori yang besar, memperbaiki tekstur kulit, menyerap lebihan minyak, mencerahkan ‘dark spot’, mengurangkan kedutan wajah dan macam-macam lagi. Rutin menggunakan masker muka sekali seminggu pasti akan meningkatkan lagi kualiti kesihatan kulit anda.

8. Mencuci Berus Kosmetik dengan Kerap

Sama ada anda gemar bersolek atau tidak, anda pasti ada koleksi berus kosmetik untuk digunakan apabila perlu. Tahukah anda bahawa berus kosmetik juga boleh mengumpulkan debu2 dan bakteria? Sisa2 kosmetik yang terdapat pada berus kosmetik tersebut akan berkumpul membuatkan ianya kotor untuk kegunaan kulit anda. Apabila digunakan tanpa dicuci, berus kosmetik yang penuh dengan bakteria ini akan menimbulkan masalah pada kulit muka seperti berjerawat dan kulit kasar.

Masa cucian untuk setiap berus adalah berdasarkan kosmetik yang digunakan untuk berus tersebut. Berus yang digunakan untuk mengaplikasikan kosmetik jenis serbuk seperti ‘blusher’ dan ‘eyeshadow’ disarankan dicuci sebanyak 1-2 kali seminggu. Manakala berus span dan berus yang digunakan untuk kosmetik berunsurkan cecair atau krim seperti ‘concealer’ harus dicuci setiap hari kerana berus seperti ini lebih cenderung mengumpul bakteria dan menyebabkan jangkitan.

9. Jangan Abaikan Décolletage

Bahagian ‘decolletage’ adalah bermula daripada paras leher sehingga atas dada. Bahagian yang sering diabaikan ini adalah sebenarnya bahagian yang memerlukan perhatian yang lebih khusus. Mengapa? Ini kerana bahagian ini mempunyai kulit yang agak nipis dan mempunyai gelenjar minyak yang kurang berbanding bahagian kulit yang lain. Ini membuatkan kulit di bahagian itu lebih cepat kering dan mengedut.

Apabila kulit pada bahagian ini mulai kering dan berkedut, ianya agak susah untuk kembali sihat. Disebabkan itu, marilah kita mula memberi perhatian kepada bahagian ‘décolletage’ ini sebelum terlambat. Langkah yang boleh kita lakukan adalah menggunakan sunscreen selang dua jam setiap hari pada bahagian itu. Aplikasikan pelembap pada bahagian tersebut setiap hari juga membantu memastikan kulit tersebut sihat dan anjal.

10. Kurangkan Pengambilan Gula

Sudah diketahui umum bahawa pengambilan gula yang banyak boleh mendatangkan bermacam-macam kesan negatif pada diri kita. Kita sering mengaitkan kesan negatif tersebut dengan kesihatan dan pertambahan berat badan, namun tahukah anda bahawa pengambilan gula dengan kadar yang tidak sihat juga memberi impak yang buruk terhadap kulit anda?

Gula yang berlebihan menyebabkan wajah berjerawat, tona wajah yang tidak sekata dan kulit yang mulai berkedut dengan lebih awal. Fenomena ini juga digelar sebagai ‘sugar face’. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, jagalah pengambilan gula harian anda dan pastikan anda tidak melebihi had yang telah ditetapkan oleh pakar, iaitu 6 sudu kecil sehari.

Leave a Reply

WE ARE

Featured in

Quick Shop

©2021 Boost Balm Sdn Bhd. All rights reserved.